top of page

Sejambak Bicara

Sekalung syukur atas kehendakNya kerana dapat kita menghasilkan satu laman PIBG SK Sultanah Asma yang memaparkan berita-berita dan program-program yang telah dan sedang dijalankan oleh PIBG.

 

            Saya ingin mengambil kesempatan ini, mengucapkan jutaan tahniah di atas usaha pihak sekolah dalam melestarikan kejayaan dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Saya pasti kejayaan yang telah dicapai ini adalah hasil usaha sama antara PIBG dan pihak sekolah disamping program Sarana Ibu Bapa yang secara tidak langsung menjadi tulang belakang di atas kejayaan ini. Saya juga menyeru ibu bapa agar teruskan memberi sokongan padu dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi untuk memenuhi aspirasi sekolah ke arah melahirkan modal insan yang bermutu dan berkualiti. Segala kekangan dan tomahan perlu ditangkis dan kita dapat bersatu demi keunggulan serta penguat semangat agar terus cemerlang dan gemilang.

 

            PIBG akan terus beraksi menjadi paksi dan tunjang seri kepada pihak sekolah terus berjuang menghadapi cabaran dan dugaan. Saya menyeru agar semua waris membuka minda dalam menguruskan kejayaan anak-anak kita sejajar dengan anugerah yang telah diraih sekolah kita baru-baru ini iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi. Optimistik dan usaha tanpa membelakangkan jati diri adalah lebih manis dikecapi oleh kita semua sebagai warga SKSA. Kepercayaan kepada pendidik khususnya guru-guru di SK Sultanah Asma adalah amat perlu dan tidak perlu berbelah bahagi. Terimalah segala perubahan dalam bidang pendidikan secara positif.

 

            Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli  jawatankuasa PIBG sekolah ini bagi sesi 2014/2016 di atas sokongan dalam menerajui aktiviti PIBG. Gandingan serasi dan mantap ini menjadi pemangkin kejayaan segala program yang dirancang.

 

            Akhir kata, segala usaha murni yang dikongsi bersama akan menjadi teras dalam perjuangan seterusnya demi kejayaan pada masa akan datang.

 

            Sekian, terima kasih.

© 2023 by Art School. Proudly created with Wix.com

  • c-facebook
bottom of page