top of page

Mengenai PIBG

PERASMIAN BILIK SARANA PIBG

Bilik Sarana PIBG yang juga merupakan pejabat operasi PIBG SKSA telah selamat dirasmikan oleh Penaung Kehormat PIBG SKSA, Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Noorzaman Bin Dato' Paduka Tunku Abdul Aziz, DSDK., AMK. pada 1 Oktober 2015. Bilik ini dilengkapi dengan komputer dan pencetak untuk urusan pentadbiran  serta perabut yang disumbangkann secara ikhlas oleh waris-waris murid. Kewujudan ini memudahkan program dan perbincangan dilaksanakan di sekolah.
 
      Selain itu, ibu bapa juga guru boleh menggunakan bilik ini untuk tujuan perbincangan serta melaksanakan pelbagai program.​
      Bilik ini terletak di tingkat 1, Blok Pentadbiran (Seri Ilham) berada betul-betul di sebelah bilik Guru Besar.

BULETIN PRISMA..... BULETIN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK SULTANAH ASMA.... PENGHUBUNG IBU BAPA, GURU DAN PUTERI

BULETIN PRISMA diterbitkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma memberi nafas baru kepada komunikasi antara persatuan dan ahli. Buletin ini telah dirasmikan pada 1 Oktober 2014.

© 2023 by Art School. Proudly created with Wix.com

  • c-facebook
bottom of page